RSS

Saturday, September 11, 2010

RAYA RAYA RAYA

Ha amacam dah tau cita ramadhan and syawal AMDA kan?

akhrnya Mr am dapat ke rumah Mrs huda for the 2nd time
this time i very best....heheh kos Mrs huda layan Mr am ngan sngat baik
nasib umah org jew...klau umah ndri dah kompom x p mna2 dah...


buat uda...thanks temankan am beraya...kat umah uda la...hehee


lagi 1 benda...jgn lupa datang la umah am raya ke-3...am
"open house skit2".....semua dijemput tau
....paling penting uda n family....mesti datang

Thursday, September 09, 2010

lebAran...>>>

salam terakhir ramadan........
salam jelang nye syawal........
lama sgt x update bl0g cintuun nie......
hehehe......
untuk c0retan kli nie just nk st0ry psal cinta ramadan AMDA......

nie tahun prtama AMDA smbut ramadan......
n tahun pertama juga AMDA akan beraya bersama......
he,
sbenar nye ramadan AMDA biasa2 je......
AMDA kurang sgt mcj 0r call ramadan nie...
myb nk jarak kn rasa rindu.......
myb lar kn.....
huhuhu......

plan pertama AMDA nk berbuka bersama bla mr AM blik kdah.......
tp x jd......
yela kn.....
sush nk berbuka kt luar......
mrs UDA x d benar kn kuar mlm tanpa family.......
s0.....
plan hnya tggal plan......
hehehe.....
s0wie mr AM.........

untk raya ES0K......
hehehe......
mr AM semangat sgt nk knal ngn sume family mrs UDA.......
tp raya pertama nie CHAQ x da.....
dy blik kelantan, umah mertua dy......
jadi nye family mrs UDA x ckup ahli......
buat mr AM, knal2 ngn yg mna ada dh lar ekk.......
huhuhu.....

untuk semua percinta bl0g......
salam syg dri AMDA......
maaf zahir batin......
jmput dtg rumah ye.......
hehehe

Wednesday, September 08, 2010

Selamat hARi RAya

ucapan khas dri lubuk hati yg jujur dan ikhlas...heheh

nak ucap lamat ari raya ja...
hahah best..tau x apasal?
"kos raya ni nak balik umah mak mertua hahahaha..."
raya ni nak p umah nurul huda

nak jumpa ngan semua family..sapa nak joint?

x bleh..am sorg ja..heheh

slamat ari raya

Saturday, August 14, 2010

Ucapan dari jauh...

SElamat Berpuasa bg umat islam semua...

asal hidup ni slalu ada gosip??...
bukanka gosip tu mcm fitnah?.....salah ka berkwn....xkan bru kwn skit dah nak digosipkan..ni manusia apa yg x boleh tengok org senang?...

tau x prasaan iri ati tu x baik...benci btoi la...klau ikutkan ati nak aje hentak2 kpla org yg bwat gosip tu....

yg pelik, asal x gosip klau rapat ngan bdk chiness??....

jgn ar jd org yg berotak tapi B***H....

dlm ati ni cuma ada 1 org ja yg brnama NUrul HUda binti hasan...

aku bersumpah dgn aku x kan mnduakan dia...korng paham x...aku cinta and syg dia sepenuh ati dan nafasku???...


Sunday, August 08, 2010

miss you

 Graphics

I dont know why my heart always felt lonely...i always thing about you...although you are not around but i see you always in my mind...you still in my heart ...

am pun x tau...tapi asanya am btl2 rindu kat nurul huda la...huhuhuhu rindu sangat...

 Graphics


study bebaik tau..usaha sebaik mungkin...

Monday, July 26, 2010

ikhlas dari hati

.....Mungkin uda dapat lihat semua.....
uda tau kan am x pernah skalipun brhenti syg kan uda
am cuma xnak org yg am syg hilang semangat...
,,pendirian am biarlah uda bahagia walau apapun am sanggup...
semua yg am lakukan utk uda adalah ikhlas dri ati am...

......menerima nasihat dan memberi nasihat menunjukkan kita seorg yg matang...

am x mau uda am putus asa tau....usaha yew..i love you with all my soul....setiap nafas yg dikurniakan kepadaku dr allah akan ku hargai dengan perhubungan kita....

am sayang uda....:)

Sunday, July 25, 2010

ant@ra c!nta dan k!tA

lama x update bl0g c!nta2 nie kan......
hehe....
rindu nk ucap kata......

untk am......

maaf klaw uda bnyak ragam....
bkn niat uda nk bg am runsing pk kan uda......
tp msalah 2 timbul tnpa d undang.......
am da ckp uda x tetap ngn pndrian uda.....
a,ah.....
uda akui.......
kadang 2 uda sndri x twu apa yg uda nk untk dri uda.........
dan uda akui jugk......
am bnyk besabar ngn kerenah uda........
am pulih kn semangat uda......
am kuat kn uda ngn nasihat2 am.......
hehehe.....
kdg2 benda 2 wat kn uda senyum sndri......
kelakar bt0l life kta......




untuk ayah b0nda.......

sampai bila2 kak uda x kan lupa peng0rbanan kalian......
bnyk feel kak uda yg x terlayan kn......
hehehe........
maaf ye ayah b0nda.......
kak uda syg kalian........
dan pastinya kasih ayah b0nda akan ku tggu sampai syurga..........
AMIN.......


Sunday, July 11, 2010

Masih kucinta

kau masih kucintai ....sungguh..

eheheh,,,am nak gitau uda am teramat sayang nurul huda...tiada siapa yg mampu mengambil tempat uda,....bersukur kehadrat ilahi kerna telah menemukan kita...am x kan sia2kan pertemuan kita...walau am brada jauh dr uda am sntiasa ada di hati uda...walau uda tiada di mata am uda tetap dihati am...semalam hari ini dah mungkin hari2 kehadapan am harap am akan bersama uda atas takdir illahi...

am syg uda....x pernah trlintas selain dr cinta dan syg am kpd uda dlm ati am...

ingatlah kata2 ku hidupku tidak berhati kerna hatiku adalah kamu nurul huda...


Thursday, July 01, 2010

19 keist!mewaAn wAn!ta

1. Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang
lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal
tersebut, jawab baginda , " Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang
yang penyayang tidak akan sia-sia."

2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.

3. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang
yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah .Dan orang yang takutkan Allah SWT
akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

4. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku
(Rasulullah SAW) di dalam syurga.

5. Barangsiapa membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah lalu
diberikan kepada keluarganya) maka pahalanya seperti melakukan amalan
bersedekah.Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka
barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak
Nabi Ismail.

6. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

7. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau
dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam
pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta sikap
bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.

8. Apabila memanggil akan dirimu dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan
ibumu terlebih dahulu.

9. Daripada Aisyah r.a." Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada
anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan
menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutuplah pintu-pintu
neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pun pintu yang
dia kehendaki dengan tidak dihisab.

11. Wanita yang taat pada suaminya, maka semua ikan-ikan di laut, burung di
udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama
mana dia taat kepada suaminya serta menjaga solat dan puasanya.

12. Aisyah r.a berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih
besar haknya terhadap wanita?" Jawab Rasulullah SAW "Suaminya." " Siapa pula
berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah SAW, "Ibunya."

13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan,
memelihara kehormatannya serta kepada suaminya, masuklah dia dari pintu syurga
mana sahaja yang dikehendaki.

14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT
memasukkan dia ke dalam syurga terlebih dahulu daripada suaminya (10,000
tahun).

15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya,maka
beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap
hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT
mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa
seperti keadaan ibunya melahirkannya.

18. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu
tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

19. Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang
sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba
dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.

Tuesday, June 22, 2010

HUBBY

X pew walau jauh usah kau kuatiri kerna tiada yg lain dapat mencuri hatiku...

yela dah ati ku ada padamu hehehehe
harap dikaupun begitu heheh
i always with you tooo...

x pew am kan boleh balek time2 cuti hehehe .

Saturday, June 19, 2010

UnivErs!ti maLaysiA PahAnG

UMP ambik hubby kami...........
kami sedey.......
hukhuk......

t0 hubby.......
g0od luck.......
walaupun sedey,tp still s0nok......
jgn lupa h0ney kt cnie nnt auw......

x taw nk tlis apa g dah........
mcm2 prasan ada skg nie......
pape p0wn always with u.......

Wednesday, June 09, 2010

Hasrat ku padamu

Dikala ini hatiku keresahan nenanti sapaan manja sigadis jelita......tp gadis jelita ini bukan jelita di mata gadis ini mekar harum dihati ku ......aku faham dia sedang sibuk berjuang demi masa depan beliau dan kuharap ianya akan menjadi masa depan kami bersama..............
gadisku sicomel manja dengarlah luahan hati ku x bisa ku luahkan didepanmu kerna kekeluan lidah ku mengajar bibirku turup diam kaku....
MySpace
sejak daku menganalimu aku menyangka kau seorg yg tua drpdaku kerna tingkah laku dan rupamu.......tetapi setelah daku mengenalimu daku tahu daku x layak untuk mu....dikau ibarat helang yg terbang tinggi di awan sedangkan daku hanyalah seekor tikut yg ketakutan di belukar...

tetapi kerna cinta ku yg ikhlas terhdap helang daku beranikan diri walau ku tahu siapa diriku....daku mengharap balasan darimu kerna daku cinta yg mempertaruhkan nyawa padamu....MySpace

engkau cahaya dikala daku kegelapan ....engkau alunkan suara nan merdu dikala musik kumainkan.....dikau penyejuk dikala aku dipanaskan...engkaulah jiwa pada jasatku yg kekosongan.....
MySpaceMySpace

nurul huda ....bwat bebaik tau preksa...jaga dri sama...am doakan supaya syg boleh buat...

..................am syg uda.............MySpace

Thursday, June 03, 2010

Suc! hAt! se0rAng LeLak!.....:)

Pada zaman dahulu, ada seorang jejaka yang sangat suka membaca dan selalu menghabiskan masanya di perpustakaan pada waktu lapang. Dia amat suka membaca novel dan buku cerita. Pada suatu hari, dia telah terjumpa sebuah novel yang ada tertulis pada kulit novel itu nama dan alamat seorang gadis di salah satu muka suratnya. Tertulis disitu “Catrina, ikhlas dan perlukan sahabat “.

Tergerak hati jejaka untuk mengutus surat kepada si gadis misteri itu. Setelah pulang ke rumah, jejaka itu menulis surat untuk memberitahu niat ingin berkawan dengan gadis itu. Beberapa hari kemudian si jejaka mendapat balasan daripada gadis tersebut bahawa dia juga bersetuju untuk berkawan dengan si jejaka.

Hari betukar minggu dan minggu bertukar bulan. Persahabatan mula bertukar kepada perasaan sayang. Namun begitu mereka masih belum pernah bersua muka. Si jejaka ingin sekali bertemu si gadis misteri dan begitu juga dengan si gadis. Walaupun kedua-keduanya masih belum
melihat rupa masing-masing, tapi perasaan sayang tetap berbuku di hati.

Pada suatu hari, si jejaka dipanggil oleh bala tentera untuk pergi ke medan perang. Si jejaka merasa amat susah hati kerana dia bimbang sekiranya dia mungkin tidak dapat berjumpa dengan si gadis kesayangannya. Maka diutuskannya sepucuk surat berbunyi "kalau Allah panjangkan jodoh kita, dan kamu masih sayang padaku, kita berjumpalah di stesen keretapi pada hari perang diumumkan tamat nanti. Aku akan memakai pakaian tenteraku dan membawa sekuntum mawar berwarna merah. Aku akan mengenali kamu sekiranya kamu juga memegang sekuntum bunga mawar merah. Setelah itu izinkanlah aku membawamu untuk makan malam dan bertemu orang tuaku”.

Maka pergi lah jejaka ke medan perang dengan tenang setelah mengutuskan surat itu…

Beberapa bulan kemudian…

Pada hari pengumuman perang tamat, si jejaka pergi ke stesen
keretapi yang dijanjikan sambil memegang sekuntum bunga mawar merah di tangannya. Diperhatikannya seorang demi seorang gadis yang berada di stesen keretapi itu sekiranya ada yang turut memegang bunga mawar merah sepertinya.

Tiba-tiba, si jejaka ternampak seorang gadis yang agak berisi, sedikit hitam dan berjerawat mukanya duduk di kerusi roda sambil melihat sekeliling seolah mencari seseorang. Kakinya kudung dan tangannya cacat sebelah. Sebelah lagi tangannya memegang sekuntum bunga mawar berwarna merah. Si jejaka sangat terkejut melihat keadaan fizikal dan wajah gadis pujaannya selama ini amat berbeza dari imaginasinya, namun dia memberanikan diri menghampiri gadis tersebut.

"Catrina?" Gadis itu melihat ke arah si jejaka dan tersenyum ceria. Si jejaka terus menghulurkan bunga mawar kepada si gadis dan berkata, "aku amat merinduimu. Terimalah bunga ini dan pelawaanku untuk makan malam bersama kedua ibu bapaku. Orang tuaku tidak sabar-sabar lagi untuk bertemu denganmu” kata jejaka itu. Si gadis itu tersenyum lagi dan berkata, "aku tidak tahu apa yang terjadi. Tetapi ada seorang gadis cantik jelita memberikan bunga ini kepadaku sebentar tadi. Dia memintaku memberitahu kamu bahawa dia sedang menunggu kamu di restoran di hadapan stesen ini sekiranya kamu mempelawaku makan malam dan bertemu orang tuamu”.



Berapa ramaikah manusia yang sesuci hati jejaka ini? Dia melihat kepada hati dan bukan kepada rupa. Dia telah mengotakan janjinya dan tetap berpegang kepada perasaan sayang walaupun pada mulanya dia menjangkakan gadis cacat itu adalah Catrina. Masihkah lagi wujud lelaki seikhlas dan seluhur hati pemuda itu?


hope it's u my l0ve.......
-sekian-


Wednesday, June 02, 2010

Uda am risau uda

kedukaan keresahan kesedihan...ketidak seronokan semua jenis kan ada bila dlm keadaan am ni.......
uda knapa uda diam jew..........am resah and risau sangat2
am x tdo semalam......am tunggu uda jew...uda jgnla trus mcmni..please....MySpace

Monday, May 31, 2010

Bolehkah Bercinta Sebelum Kahwin?

Secara kasarnya ada sesetengah ulama’ menganggap bercinta itu halal (harus) tetapi jumhur ulama’ lain pula menganggap haram.dikalangan ulama’ fiqh terdapat beberapa ulama’ yang merupakan ahli pencinta yang hebat seperti Daud az Zahiri yang merupakan Imam Mazhab az Zahiri.

Pandangan pertama: Bercinta merupakan antara fitrah insani penting dalam kehidupan. Tiada siapa yang dapat lari daripada ber-couple dan bercinta walaupun cara dan kaedah mereka nampak Islamik (menjaga hawa nafsu dari maksiat), termasuk mereka yang bercinta selepas berkahwin. Hal ini kerana mereka yang bercinta selepas berkahwin akan melihat bakal isteri sebelum Ijab dan Qabul. Jika bercinta dianggap sebagai mukaddimah pada perkahwinan, maka ber-couple (kaedah Islamik) pula dianggap sebagai mukaddimah pada bercinta. Kedua-dua ini berkait antara satu sama lain, kecuali bagi mereka berkahwin atas pilihan keluarga. Ber-couple yang penulis maksudkan ialah bukan berdua-duaan sehingga timbul fitnah antara lelaki dan perempuan bukan mahram, tetapi hanya sekadar ingin menyatakan luahan hati dan bersedia mengambil pasangan masing-masing sebagai calon suami dan isteri. Jangan salah andaian. Bercinta dianggap berguna jika dapat membawa pada kebaikan kepada kedua-dua pasangan. Sebagai contoh ber-couple dan bercinta yang disusuli dengan perkahwinan dan mendirikan rumahtangga adalah berguna kerana membawa kebaikan. Maka sini terbentuk pula keluarga, dan daripada keluarga ini terbentuk pula masyarakat seterusnya negara. MySpace

Saturday, May 29, 2010

Kenangan Sekali Seumur Hidup


heheheheh
Lawak x benda ni....am bwat dlm masa 3 minit semata2 nak adiahkan utk nurul huda yg tersyg jew heheheh,,,.....
huda only 4 you....love you

jad! Lah kAm0o leLak! idAman.....:)



Biarlah dia seorang yang buta.......

Kerana matanya sunyi dari melihat
perkara-perkara maksiat dan laghah
Kerana kedua matanya terpelihara dari
memandang aurat wanita ajnabi
Asalkan kedua matanya terang
dalam memerhati keagungan ciptaan Allah
Asalkan dia celik
dalam melihat kesengsaraan umat Islam
di Palestin, Bosnia, Ambon dan seumpamanya



Biarlah dia seorang yang bisu.......

Bisu dari pujuk rayu yang bisa mengoncang keimanan
Bisu dari mengungkapkan ungkapan yang bisa meracun fikiran
Bisu dari perkataan yang bisa mengundang kekufuran
Asalkan bibirnya sentiasa basah mengingati Tuhan
Asalkan lidahnya tidak pernah lekang dari membaca Al-Quran
Asalkan dia petah
membangkang kemungkaran
dan dia lantang
menyuarakan kebenaran

Biarlah dia seorang yang bakhil......

Bakhil dalam memberi senyuman
pada wanita yang bukan mahramnya
Bakhil dalam meluangkan masa
untuk membuat temujanji
dengan wanita ajnabi yang boleh dinikahinya
Bakhil untuk menghabiskan wang ringgitnya
kerana seorang wanita yang tidak sepatutnya
Tetapi dia begitu pemurah
meluangkan masanya untuk beribadah
dengan Khaliqnya
Dia begitu pemurah
untuk mempertahankan aqidahnya
Pemurah dalam memberikan nasihat dan teguran
Sehingga dia sanggup
menggadaikan hartanya
bahkan nyawanya
demi melihat kalimah syahadah
Kembali megah di muka dunia


Biarlah dia seorang yang papa........

Papa dalam melakukan perkara maksiat
Papa dalam ilmu-ilmu yang tidak berfaedah
dan tidak bermanfaat
Papa memiliki akhlaq mazmumah
Tetapi dia cukup kaya
dalam pelbagai ilmu pengetahuan
Dia begitu kaya
memiliki ketinggian akhlaq
dan budi pekerti yang mulia
Dia begitu kaya
dengan sifat sabar
dalam mengharungi tribulasi kehidupannya
Dan dia seorang yang kaya
dalam menanam impian
untuk menjadi seorang syuhada
yang syahid di jalan Allah........


Friday, May 28, 2010

Tomey Oh ToMey

MySpaceTomey ni bwat kite malu2 jew ....
memang la kite ske kacau2 dia sbab kita tau dia ska bwat manje.....kite lg la ske kacau...
MySpacelagipun dia bwat ati kite x prnah lupa kat dia....dia pun notty2 jugak...slalu bwat org tringat dia.....
MySpacenak taue ayat dia yg dia ajar kat am??????
hahaha....ayat power rangers ....

MySpacemula2 dia akan bwat mrajuk pastu dia akan kate...hurmmmmm x nak tawan.......
so kenala pham dia nak suruh kite cakap jom kawen jew.....
hakhakhak....x caye tnye dia la.....

ape2 pun tomey..you make my heart felt like it always been care and i feel that my life is very importan......you are my spirit....

MySpaceI love YOu Nurul hUda..

Thursday, May 27, 2010

kaMo0...:)

ABANG......
cinta hati......
makin lama kenal makin bertambah syg.....
hehehe,nk knal x ngn 'abg'....???
baik...'abg' nurul huda........


abg, kam0o n0tty.....
hmmmm.
MySpace

ahakz,
h0oyeeeaaaa........
nk cter kt sume 0wg......
MySpace


abang!!
yupz, dy lah pngubat kedukaan dan pencetus kbahagiaan......
hehehe,sebenar nye x da pape p0wn nk st0ry sal abg nie....
saje nk penuh kn ruang blog nie......
t0 abg.....jgn mrah yar.....
MySpace

ermmm ada apa dgn CINTA.....????
MySpace

Bintang bersinar tak selamanya terang,pun mendung tak selalunya hujan........sebaris kata cintaku terangkum di hati ini,agar hasratku yang luhur itu dapat kau mengerti........
dpt mksud kata2 tue....???
hehe x dpt,abai kn...............


ahakz,abg.....kam0o terlalu baik....
slalu ada bila sedih dan salalu j0in bila gmbira.....bnyak istimewa kam0o yg x dpt d ungkai dgn kata.......tp bnyk jugk yg nakal nye.......

1 pragai abg yg dpt d kesan.......huhuhu,
sgat suka mngusik sesuatu yg dy sndri twu 0wg x suke......
hmmmm.......
MySpace


tny yar abg sndri klaw x caya......
n abg,jgn berdalih yer......


he,kt cnie example i give u all kn0w ab0ut abg......

>suka gelak,text abg klaw x da (hehehe) mmg mstahil.....

>abg ska men0long.....selagi x fham,slagi 2 lar abg kn xplain....hmm,(x cpat nak naik angin k0wt)
hehehe....kdg2 tue sja ja wat2 x fham.......pdan muker u abg........

MySpace

>ska sgt sakat/usik 0wg........tambah2 lg klaw abg dpt taw ape yg 0wg tk0wt,0wg x ska,0wg geli n seangkatan dgn nya...............nyampah i ngn u abg.......
MySpace

tp kn......tp kn........
lpas 2 abg akn pjuk blik....... taw p0wn u tk0wt ngn i abg.......
MySpace


>abg,u pnyayang x.....????
he, tingat lg cter mak abg psal ank katak ksyangan abg dlu.........abg nangissss......
cmnie.......
MySpace

>dan yg pling son0k,abg ska budk2........(sbb pagai abg p0wn sma cm budk)
hehe,

..............................................................................................

abg,abg.....
mcam2 pragai....
MySpace

pape p0wn..... i like u.......
c0z u slalu wat mker c0mey......
cmnie....

MySpace

hehehe......
dah lar,x terlayan kam0o abg......
papai....
MySpace

Wednesday, May 26, 2010

Jiwang Seketika...:)

syg........
secebis kerinduan ku kirim buatmu,
dgn harapan agar secebis ini mnjadi slautan....
dan slautan ini mnjadi saksi sluruh alam....
d harap kn dikau mmahami ku..........
hadir dirimu dlm hidupku ini mmberi 1 suntikn smagat untk aku trus tabah mnjalani liku2 hidup.......
. x kan ku biar kn dirimu berlalu jauh dari ku............

.Tiada bahasa yang dapat aku ungkapkan,
untuk menyatakan betapa diri ini begitu memerlukan dirimu dalam meneruskan hari-hari yang penuh dengan cabaran dan dugaan...

Sayang,
kurindui saat manis bersamamu,
kudambakan perhatian mesramu,
buat pengganti jiwa nan sepi,
kala ini aku mencuri lagi hatimu,
buat mengubat rindu nan syahdu

Kasihku..
berikanlah daku sinar pengharapan cinta,
setangkai kebahagiaan,
sejambak kesetiaan,
sepohon kejujuran dan serimbun keikhlasan.......
.......... Hanya itu yang aku perlukan...............

Keperibadianmu membuat hatiku tertawan............
Terima kasih krn membawa sinar cinta dlm kehidupan.........
akanku mahkotakan cinta kita dalam lembaran kehidupan........
.......special untuk am..........

Tuesday, May 25, 2010


manusia dikandungkan di tempat yang sama............dilahirkan dan diberi pendidikan...
semua nak sama...tp ade yg kurang bernasib .....tp apakah yg x brnasib baik tu x layak dpt org yg dia syg???
x layakkah mereka merasa kasih syg???
haruskah mereka terima cacian????
walau seseorg tu pernah lakukan silap di suatu masa dlu dan kini dia sedar akan kesalahannya dan ia memohon maaf.....niatnya ilkhlas...tp mengapa sukar difaahami org lain...mengapa prlu dia terima cacian lagi????....

pikirlah...xkan kerna perbezaan yg kecil saja dpt merenggangkan kita semua sebagai saudara????

andai kita adalah salah sorng insan yg kurng brnasib baik tu apa kita rasa???

"""""renungkan dan fikirkan""""
semoga kita dpt mengurangkan kesengsaraan mereka...

Sunday, May 23, 2010

Cintaku Bukan Sekadar Dibibir


Musnah cintaku terhadap si dia satu masa dlu, musnah jugalah segala impian dan harapanku.....luka di hati bak sebesar lurah sungai nil dan lukanya sentiasa mengalir bak air di amazon......
...sekian lama aku kesepian tanpa teman dihati...ku ingin seperti dlu..
akhirnya aku sedar bahawa kata org klau dah x de jodoh nak wat camna ....dlunya aku sangat pedih mendengar ....tapi kini bila si dia hadir dlm hidupku dengan mengajar ku membimbing daku ke jalan yg betul....

aku merasa sungguh bersyukur dengan kehadirannye....ya allah ku memohon padamu kuatkanlah cintaku padanya kerna melaluimu aku menganalinya ya allah...
lindungilah dia dengan sebaik2nya kerna hnya ENGKAU yg mampu menjaganya lebih baik drku...

Akhir skali aku memohon padaMu dekatkan lah ati kami berdua ya allah...jauhi kami dr perkara yg salah ....
brilah kami kebahagianmu...amin..

Nurul huda..cinta am kat nurul huda bukan sekadar di bibir...am mencintai huda sepenuh hati...dan x terniat di hati ini utk tinggalkanmu hargailah sebuah percintaan kerna ia penyeri kebahagian...syg huda

Thursday, May 20, 2010

hahAha....... speciAL 4 Mr Am

MySpace
setiap detik aq teringat padamu..........
tika ini aq bernafas dgn iringan,mend0aknmu.........
agar dirimu sihat selalu.......
genbira selalu.......
senyum selalu........
tidak pernah aq mgharapkn,
agar dirimu rindu padaku........
walaupun aq sgt rindu........
dirimu tidak tahu.....
cuma satu mahuku,
Angin.....
bawalah bisikan rindu hatiku menemuinya........
agar damai hatinya......
diri ini yang menyayangimu..........
diri ini yang mencintaimu.........
diri ini yang merinduimu........
diri ini yang memujamu........
itulah aq berbaik dgnmu......
mengukir katacinta dalam diari hatimu............
:)MySpace


hahaha,
jiwang lah sgt nurul huda nieh......
pape p0wn nk gtaw yg nurul huda syg abdull sallam...............
:DMySpace
HUHUHUHu.....begitu tersiksa asanya bila demam ni..dah la nak gerak pun x bleh kepala asyik pening jew....nak bangun asa macam nak terbalik jew....

Tapi x pela td dah mkn ubat dah itupun sbab Mrs Uda tu yg suruh hehehe
tp slera tetap x de jugak nak makan nasi...diet la buat seketika ni heheheh

Mrs uda jangan marah yew hehehe selamat pulang ke rumah mrs uda...blek dah umah bleh la manja2 ngan mak heheheh mrs uda tu anak manja tau heheh

Wednesday, May 19, 2010

Cinta Kita, Cinta Perjuangan

"Enti menangis..?"
"Untuk apa ana menangis, bukankah enta selalu pesan, jangan menangis kerana manusia."
"Habis, mata enti berair?"
"Mata ana masuk habuk. Kebelakangan ni, selalu sangat mata ana ni berair."
Aku tersenyum. Alasan ni dah lapuk sebenarnya, seingat aku semasa aku berumur 7 tahun, aku sudah tidak percaya alasan 'masuk habuk' yang menyebabkan mata seseorang berair. Filem-filem Melayu yang mengajar aku.
"Ana tahu enti menangis.."
"Tidak…!! Tak faham-faham ke?!" Dia tiba-tiba membentak.
"Oklah.. oklah.. mata enti masuk habuk. Ginilah, kapal terbang akan bertolak besok pukul 7.00 petang. Kalau enti nak hantar pun hantarlah. Kalau tak nak pun, kapal terbang tu tetap akan bertolak. Ana pergi cuma 2 tahun, tak lama.." "Insya-Allah ana akan hantar. Tapi kalau ana tak hantar pun, ana harap enta tidak kecil hati. Ana takut berlalu fitnah. Maklumlah, kita bukannya diikat dengan ikatan yang sah lagi. Sekadar pertunangan…"
"Pertunangan bukannya ikatan yang sahkah..?"
"Bukan itu maksud ana, namun setidak-tidaknya ia kan boleh putus bila-bila masa sahaja. Sekali dihempas ombak, sekali pantai berubah.."
"Pantai berubah kerana ombaklah tunangnya. Cuba jika bulan menjadi gerhana, atau matahari hilang sinarnya, berubahkah pantai?" Aku berfalsafah. Dan memang dia akan selalu kalah kalau beradu bahasa denganku. Temannya yang sering dibawa apabila berjumpa denganku tergelak kecil. Satu sokongan moral untukku.
"Enta punya pasallah. Ana nak pergi. Jumpa lagi besok. Assalamualaikum.." Aku tidak menjawab salamnya. Bukankah menjawab salam dari seorang wanita yang bukan mahram hukumnya makruh?

…………………………………………

"Ana tak setuju dengan pandangan ustaz!!" Seorang muslimah bangun membentak. Aii.. ada juga yang berani rupanya. "Bukankah demokrasi telah lama memperdayakan kita? Adakah Rasulullah SAW berjuang untuk mendapatkan kuasa baru dilaksanakan syariah seperti yang terdapat dalam hukum demokrasi..?" Dia berhenti seketika. Mengambil nafas rasanya. Ini baru kali pertama aku melihat dia bangun berucap di khalayak.
"Kalaulah demokrasi boleh gagal di Turki, boleh gagal di Algeria, kenapa tidak di negara kita? Ustaz bercakap terlalu yakin dengan demokrasi. Di mana pula komitmen ustaz terhadap pembinaan tanzim seperti yang diajar oleh Hassan Al-Banna dan Syed Qutb?" Suasana semakin bising. Apabila seorang pembentang kertas kerja seperti aku ditentang di khalayak ramai, ia satu kejanggalan yang ketara. Sekalipun Dewan Badar ini sudah cukup sejuk, namun ia tetap 'hangat' pada malam ini.
"Ana rasa ustazah sudah silap faham terhadap pandangan ana. Ana cuma ingin menyatakan, kadang-kadang demokrasi boleh digunakan untuk mendapatkan kuasa selagi mana diizinkan. Ciri demokrasi yang paling ketara ialah pemilihan pemimpin melelaui majoriti. Bukankah Abu Bakar sendiri dipilih melalui majoriti dan bai'ah? Bezanya, bai'ah dahulu dengan tangan, manakala sekarang dengan menggunakan kertas undi. Yang penting, kerelaaan!"
"Baiklah. Cuma ana ingin bertanya, adakah ustaz berpandangan bahawa demokrasi ialah satu-satunya cara untuk memastikan kedaulatan Islam di bumi kita?"
"Hmmm.. sehingga sekarang, ya. Kita masih boleh bergerak bebas, gunakanlah ruang yang ada sekadar yang termampu." "Maaflah ustaz. Ana tidak mampu untuk bersetuju dengan pandangan ustaz." Dia menamatkan 'soalannya' lalu mengambil tempatnya kembali. Aku terkasima sendirian.

………………………………………

"Kau kenal dia Abdullah?" Aku memulakan pertanyaan yang sekian lama tertanam di dalam benakku. Abdullah berhenti menyuap nasi, memaku matanya ke wajahku. Sekarang aku nekad, sekurang-kurangnya aku harus mengenali orang yang begitu berani menongkah pendapatku di tengah khalayak. Suasana di restoran sup tulang yang biasanya sibuk dengan pelanggan malam ini nampaknya begitu lengang seolah-olah memberikan ruang yang cukup untukku berbicara dari hati ke hati dengan Abdullah.
"Ini kali pertama kau bertanyakan soalan kepadaku tentang perempuan. Hai, sudah kau jualkah prinsip kau selama ini. Kau kan tak mahu menjadi hamba cinta?!" Memang hebat Abdullah kalau diberikan peluang untuk menyindir. Mungkin dia terlupa bahawa dia hanya menumpang keretaku untuk datang ke sini atau dia sudah bersedia untuk balik dengan hanya berjalan kaki.
"Jawab soalan aku dulu.."
"Rupa-rupanya, manusia berhati batu macam kau pun tahu erti cinta…" Abdullah belum puas lagi menyindir nampaknya.

"Jawab soalan aku dulu.." Aku memohon untuk kali kedua.
"Baiklah Muhammad, aku tahu sejak malam tu kau sebenarnya ingin mengenali dia. Orang seperti kau ni Muhammad hanya akan 'kalah' dengan kaum yang spesis dengan kau saja. Maksud aku, yang boleh diajak berbincang tentang perkara-perkara yang kau minati yang kebanyakannya adalah membosankan!"
"Jawab soalan aku dulu.." Aku ulangi permintaanku untuk kali seterusnya.
"Ok.. dia, namanya kau sudah tahu. Seorang yang pendiam dan suka menulis. Menurut kakakku yang sebilik dengannya, dia ni sering bangun awal. Sebelum pukul 5 sudah di atas tikar sejadah. Bukan macam… "
"Aku? Hai.. kau ni silap tuju. Kau yang bangun lewat Abdullah.. ok, teruskan."
"Kalau kat asrama, dia ni suka baca Al-Quran, tak suka bersembang kosong, tak suka jalan-jalan dan banyak lagi yang dia tak suka.." Abdullah dengan selamba menceritakan segala-galanya.
"Lagi.. negatifnya?"
"Negatifnya.. banyak.." Abdullah tersenyum sejenak. Lalu menyambung,
"Negatifnya.. pelajaran dia agak sederhana. Tapi bagi aku, itu tidak menjadi masalah. Cuma.. aku tak pasti adakah kau akan setuju dengannya jika aku menyatakan sesuatu."
"Apa dia..? Negatifkah?"
"Tidaklah negatif sangat, namun bertentang dengan aliranmu. Dia terlibat dengan satu pergerakan… rahsia! Maksud aku, pergerakan yang memperjuangkan sesuatu yang tidak selari dengan undang-undang demokrasi."
"Gerakan militankah?"
"Mungkin, namun aku tak pasti. Sebab aktiviti mereka terlalu rahsia. Kau mungkin maklum, manhaj mereka berasaskan semangat 'hazar' yang dididik oleh gerakan Ikhwanul-Muslimin. Ketaatan mereka kepada amir mereka melebihi ketaatan mereka kepada sesiapa saja.. termasuklah ibubapa mereka sendiri!!"
"Sampai begitu sekali.. matlamat mereka?"
"Sama macam kau, memperjuangkan Islam! Tapi mereka lebih praktikal. Mereka dilatih dengan marhalah-marhalah tarbiyyah mereka sendiri. Dan mereka menyintai syahid. Tidak macam kita rasanya, kita bercakap tentang Islam, tapi kita berehat lebih banyak dari bekerja! Dan kau jangan terkejut kalau mereka sebenarnya mempunyai hunungan dengan rangkaian peringkat nasional malah antarabangsa termasuk gerakan Hamas dan Briged Aqsa di Palestin!"
"Kalaulah.. aku memilihnya menjadi teman hidupku, adakah ketaatannya kepada jemaahnya melebihi ketaatan kepadaku sebagai suami?" Aku mengutarakan soalan bonus untuk Abdullah.
"Aku pasti, dia akan memenuhi tanggungjawab sebagai isteri dan ibu. Namun kalau kau harap dia akan memecahkan rahsia gerakannya dan menderhakai bai'ahnya kepada jemaah, lebih baik kau bercinta dengan bulan sahaja!"

…………………………………………

Aku tidak tahu kenapa aku harus memilih dia. Dia bukanlah yang tercantik di bumi ini. Aku pasti. Tidak juga yang terkaya. Jauh sekali dari yang terbijak di dalam pelajaran. Namun aku yakin, dia yang terbaik untukku. Ciri-ciri muslimah sejati terserlah ketara pada dirinya yang membuatkan diriku terasa tenang sekali apabila memandangnya. Langkahnya yang teratur dan pandangannya yang dijaga adalah benih-benih keimanan yang terserlah dari hati yang dididik dengan ketaqwaan. Tapi persoalan yang dibangkitkan oleh Abdullah membuatkan aku termenung sejenak. Bolehkah aku hidup dengan orang yang berlainan aliran perjuangannya denganku. Bahagiakah aku?
"Ustaz sudah fikirkan masak-masak..?"
"Bukan setakat masak, ana rasa sudahpun rentung. Cuma bagi pihak ustazah, adakah ustazah setuju menerima ana. Maksud ana, dengan segala kekurangan yang ana miliki.
"Ustaz orang famous. Siapalah ana. Ana rasa tak layak sebenarnya." Dia merendahkan diri namun dalam intonasi suara yang masih terkawal.
"Ini bukan soal famous atau tidak. Sekurang-kurangnya, sebelum ana ke bumi ambiya' ana sudah mempunyai 'ikatan' di sini. Dan ana memilih ustazah yang ana yakini boleh menjadi ibu kepada anak-anak ana nanti." Aku berterus-terang. Dari mana datangnya kekuatan untuk berbuat demikianpun aku tidak tahu.
"Ustaz tidak main-mainkan ana?"
"Hanya orang yang tidak ada perasaan sahaja yang sanggup main-mainkan perasaan orang lain."
"Jemputlah ke rumah, jumpa dengan ibu ayah ana.." Dia terus mematikan talian telefon. Pantas dan cepat. Kak Yang yang aku tugaskan untuk menjadi 'perisik'ku memang sudah memberikan amaran kepadaku, orang ini jarang sekali bergayut di telefon apatah lagi dengan lelaki bukan mahramnya.

…………………………………………

Sudah lima bulan aku di bumi ambiya', suasana pembelajaran di sini jauh lebih mencabar dari yang kuperolehi di bumi Malaysia. Benarlah kata orang, bumi ambiya' ini mengajar kita berdikari. Hilang seketika soal cinta dari benak fikiranku. Namun kekadang bayangannya tetap mendatangi ruang mata terutama ketika aku merebahkan badan. Namun seperti yang sering kutegaskan padanya..
"Mungkin cinta ana pada enti sudah cukup besar, namun cinta ana pada ilmu dan juga kepada Allah jauh lebih besar.." dan dia akan terus menyambung, "Mungkin ketaatan ana pada akh cukup dituntut, namun ketaatan ana pada perjuangan dan jemaah lebih-lebih lagi dituntut.."
Dan biasanya aku akan 'cemburu' dengan kata-katanya. Namun akan terus kubisikkan kepada diriku, bukankah dia taat kepada perjuangan dan kenapa aku harus cemburu. Dia juga berjuang dan perjuangannya juga kerana Allah. Cuma, apa yang menjadi rahsia ialah langkah-langkah pergerakannya yang sehingga kini masih menjadi misteri bagiku. Hari itu, selepas menadah kitab Al-Umm dengan seorang senior di Rumah Melayu, aku bergegas ke Ciber Café yang menjadi rumah 'kedua'ku. Ku buka laman web Utusan Online, satu tajuk berita yang cukup menarik perhatianku, "SEORANG WANITA MALAYSIA TERLIBAT DALAM SERANGAN BERANI MATI DI TEL AVIV' Ku tinggalkan seketika pelayar web tersebut apabila satu lagi pelayar web menunjukkan mesej : "you have 1 unread message' namun jangkaanku meleset apabila inboxku hanya dihiasi dengan e-mail dari Abdullah dan bukan dari si dia yang kunanti-nantikan. "Muhammad, kau apa khabar? Muhammad, aku ada satu khabar penting. Aku harap kau tidak terkejut. 'Dia' yang kau amanahkan padaku untuk 'tengok-tengok' telah diperintahkan bersama-sama kawan-kawannya untuk ke Palestin membantu Gerakan Briged Aqsa melakukan serangan istisyhadiah ke atas Israel. Ini kerana rakyat Malaysia yang memasuki Israel tidak akan disyaki apa-apa kerana dianggap sebagai pelancong. Muhammad, kau lihat tajuk berita hari ini, wanita yang terkorban dalam serangan istisyadiah itu ialah 'dia', tunang kau yang kau perintahkan untukku menjaganya. Maafkan aku Muhammad..!!" Serta merta ku teringat panggilan telefon darinya beberapa hari yang lepas,
"Akhi, kalaupun cinta kita tidak bertaut di dunia, biarlah ia bertaut di syurga. Kerana cinta kita ialah cinta perjuangan..!!"
Seterusnya, aku rebah dari kerusi dan kudapati alam di sekelilingku gelap gelita!
The End~ Wassalam~

keNape knA blajAR cOmp???????

tgl yar............ jmpa ag hari nie...........
hukhukhuk,
slmat kn nurul huda dri trus d blenggu c0mp.........
MySpace

twu x.....????,nurul huda sgt b0ring time stdy c0mp.... klaw yar kt kdai ada ubat,pasti i buy it wlaup0n mhei..........




huhuhu,nk tnjuk kt k0wg petapa x c0nok nye subjek 2....... smpai kn smpat ag p0sing........ haha, pape p0wn lec kt0wg ttap best......
bersmangt mngajar n mngajar kt0wg untk trus brjya........ ahakz, c0mp still dpat B wlaup0wn b0ring nye hny tuhan yg twu.....

4 my classmate,

yuhuuu.....chay0ok,chay0ok...........
MySpace


l0ve u all...........
thats all 4 t0day.........


MySpace

Tuesday, May 18, 2010

15 benda yang kita tak perasan

Assalammualaikum wahai sahabatku bacalah dan renugkanlah adakah anda pernah perasan?

Sesuatu yang anda tidak perasan atau tidak terfikir langsung....

1. Sekurang-kurangnya ada 5 orang dalam dunia ini menyayangi anda dan sanggup mati kerana anda.
2. Sekurang-kurangnya ada 15 orang dalam dunia ini menyayangi anda dalam beberapa cara.
3. Sebab utama seseorang membenci anda adalah kerana dia ingin menjadi seperti anda.
4. Senyuman daripada anda boleh membawa kebahagiaan kepada seseorang, walaupun dia tidak menyukai anda.
5. Setiap malam ada seseorang mengingati anda sebelum dia tidur.
6. Anda amat bermakna dalam hidup seseorang.
7. Kalau bukan kerana anda, seseorang itu tidak akan hidup bahagia.
8. Anda seorang yang istimewa dan unik.
9. Seseorang yang anda tidak ketahui menyayangi anda.
10. Apabila anda membuat kesilapan yang sangat besar, ada hikmah disebaliknya.
11. Sekiranya anda merasakan anda dipinggirkan, fikirlah semula mungkin anda yang meminggirkan mereka.
12. Apabila anda terfikir anda tidak mempunyai peluang untuk mendapatkan sesuatu yang anda ingini, mungkin anda tidak akan memperolehinya,tetapi sekiranya anda percaya pada diri sendiri lambat-laun anda akan memperolehinya.
13. Kenangilah segala pujian yang anda terima. Lupakan segala makihamun, caci & cela.
14. Jangan takut untuk meluahkan perasaan kerana anda akan merasa
senang bila seseorang mengetahuinya.
15. Sekiranya anda mempunyai sahabat baik, ambillah masa untuk memberitahunya yang dia adalah yang terbaik.

Hanya seminit diperlukan untuk mendapat sahabat baik, sejam untuk menghargainya, sehari untuk menyayanginya, tapi sepanjang hidup untuk melupakannya.

Hantarlah pesanan ini kepada orang yang anda tidak akan lupa dan
hantarkan juga kepada orang yang menghantar pesanan ini. Ini adalah
pesanan pendek untuk menyatakan yang anda sentiasa mengingatinya.

Ambillah sedikit masa dan anda sudah pasti memberi
keceriaan kepada seseorang atau mungkin mengubah hidup mereka kepada
yang lebih baik.

Peribad! k@m!

My photo
kedah, semenanjung malaysia, Malaysia
Mr Am = student,still stdy and i am open person.... Mrs Uda = i'm als0 student...... n still sty....... l0vely pers0n........ 0pen gurlz...... :)

Mrs UDA & Mr AM


Mrs UDA

sbenarnye life nie trlalu c0mplicated....... bnyk yg kta x sgka2 akan berlaku............. st0ry yg nk d k0ngsi kn dlm page nie sbnarnye psal first l0ve with Mr Am............. ramai kgkwn ckp best c0uple nie.......... huhuhuhu,
BENAR KAH..........????

yes.......... n 2 lar yg nurul huda rasa time 12 tghmlm 27 feb 2010............. seram sejuk 1badan....... dpt agak x npe............?????
errrrmmmmmmmm, 0wg yg slama nie nurul huda anggap kwn n knalan tiba2 tarmaktub sbgai C0UPLE nurul huda........... kdg2 sush nk caya..... n kdg2 terlalu teruja...........
tp 0wg ckp jgn terlalu xcited ngn cinta......... nnt mkn diri.......... :) :D
alhmdulillah slama kt0wg brhubungan,x da lg yar pr0b..........
myb msih bru k0wt.......... hehehehe,i d0nt kn0w........
harap2 x lar kn............nk sgt kekal smpai SYURGA............. amiiinnnn............ :)



4 Mr Am........ uda syg am sgt2............. uda hargai apa yg slama nie am wat untk uda............ "CINTA X KN DTG KLAW X D CARI............. N CINTA X KN KEKAL KLAW X D HARGAI"


Mr AM

Abdull Sallam..(Mr Am).pernah kecewa dalam cinta,mybe dah org cakap x de jodoh kot.Dsebabkan tu am asa dah x da mood nak brcouple,yela katakan sakit dihati masih terasa tp am dah faham walaupun am atau sidia yg brsalah am btl2 minta maaf...so brjlanla 1 thn dlm keadaan single available..:)..wak2 ni la am jd open minded person sbab am dlm klass am sorg ja laki lg 13 pompuan so kena pham2la ......Am train dri am jd heartless dlm cintan cintun ni dan hampir berjaya...Agak2 berjaya x???

"""x berjaya huhuhuhuh""""

Sbab ptg 27 feb 2010 wak2 am tngah study tetiba handset yg slama ni diam berdering..plik jgak???..bla am angkat adala satu insan ni ckp biasa2 jew ngan am tp am x tau plak sjak bla asa syg kat insan tu muncul kat am...dsbabkan dr tlinga turun ke hati am trus apply jew la dgan pnuh jiwa dan raga...

sampai skarang kami masih kekal menenpuh hari2 brsama..Am harap am dpt kekal ngan insan tu sam pai ke akhir hembusan nafas am...insan tu adalah Mrs HUda...

utk nurul huda..am akan cuba setia pada huda sebagaimana am setia pada agama..sbab cinta sejati adalah cintakan pncipta btl kan heheh.....